fbpx

Gempar buaya berenang di Pantai Kampung Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan imej seekor buaya sedang berenang di pesisir Pantai Kampung Tengah, Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kelibat seekor buaya berkeliaran di pesisir Pantai Kampung Tengah, Kijal di sini hari ini menggemparkan penduduk perkampungan tersebut.

Buaya sepanjang kira-kira dua meter itu dijumpai sekumpulan nelayan yang turun ke kawasan sekitar pantai itu untuk memukat ikan bilis pada pukul 7 pagi.

Salah seorang nelayan terlibat, Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, buaya itu dikesan berenang tidak jauh dari lokasi botnya ditambat.

“Pada mulanya kami tidak menyangka ia seekor buaya sebelum kelibatnya berenang semakin jelas dilihat tidak lama kemudian.

“Lokasi buaya tersebut berenang sangat dekat iaitu kira-kira 100 meter dari pesisir pantai. Sudah lama kelibat buaya dapat dilihat di Pantai Kampung Tengah ini, tidak silap saya kali terakhir pada 10 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu klip video berdurasi lapan saat yang memaparkan kelibat buaya itu berenang sempat dirakam Wan Zuhairi sebelum tular setelah dimuat naik di media sosial.

Wan Zuhairi berkata, dia dan rakan-rakan nelayan bimbang keselamatan orang ramai berikutan pantai tersebut sering menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif sebelum perkara tidak diingin berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI