fbpx

JKM ada alasan kukuh sita Rumah Bonda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINA (duduk tengah) menyantuni penghuni Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan sitaan dan menghentikan operasi rumah kebajikan Rumah Bonda yang didapati tidak pernah berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan semenjak ianya mula beroperasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun sehubungan itu berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan tindakan saman dikemukakan pengasas rumah berkenaan.

Menurut beliau, Rumah Bonda bukan sahaja tidak berdaftar dengan JKM, tetapi juga dengan beberapa agensi lain termasuklah Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Seperti semua tahu, Rumah Bonda ini kita sudah sita sejak tahun lepas kerana ianya tidak berdaftar, peringatan kita sudah buat, jadi tidak mengapa kita akan ikut proses ini (tindakan mahkamah) kerana itu hak dia.

“Tetapi JKM sudah pasti ada ‘basis’ untuk meneruskan proses sitaan, bila kita sita bermakna bermakna kita beri dia peluang untuk kemukakan pendaftaran dan sebagainya.

“Rumah berkenaan tidak berdaftar dengan tiga agensi teknikal ini antaranya JKM, Jabatan Kesihatan dan bomba, sebab itu kita buat Notis Lak (Penutupan), sebaliknya dia buat permohonan mahkamah untuk batalkan notis Lak berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Tinjauan Operasi Ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di sini hari ini.

Tambah Rina, tindakan sedemikian adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan penghuni terjamin kerana pendaftaran rumah kebajikan perlu mematuhi syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan kerajaan.

Semalam, media melaporkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali memfailkan saman terhadap JKM dan memohon agar rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI