fbpx

Justin Bieber lumpuh sebelah wajah, konsert kena tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN wajah Justin yang separa lumpur dan matanya yang tidak mampu dikedip.

LONDON – Penyanyi terkenal Justin Bieber mengejutkan peminat global apabila tiba-tiba mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai akibat serangan virus dikenali sebagai Ramsay Hunt.

Penyanyi berusia 28 tahun itu menerusi Instagram turut berkongsi video tiga minit menjelaskan diagnosis yang menyebabkan kelumpuhan pada wajah.

Menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan lumpuh sebelah muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt adalah sementara, bagaimanapun, boleh menjadi kekal.

Berikut masalah tersebut, dia terpaksa menghentikan konsert jelajah Justice World Tour di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.

“Virus ini menyerang saraf telinga dan muka saya sehingga menyebabkan separuh muka menjadi lumpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak dapat berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya yang ini.

“Lubang hidung juga tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

“Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, saya tidak mampu melakukannya,” katanya memohon maaf.

Perkongsian Bieber membuatkan ramai peminat, terutama di Malaysia mula berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur pada Oktober depan turut terjejas.

Terdahulu sekitar Mac lalu, isteri Bieber yang juga model terkenal Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila turut mengalami simptom serangan strok.

Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan Baldwin kekurangan oksigen.

Sementara itu, dia menyatakan menjalani latihan pergerakan wajah selain meluangkan waktu untuk berehat demi menyembuhkan penyakitnya itu.

Bieber berharap keupayaan dan kemampuannya dapat kembali sembuh 100 peratus sehingga melakukan rutin kebiasaan seperti sejak dilahirkan.

Bagaimanapun, Justin tidak memberikan atau berkongsikan tempoh jangkaan untuk proses pemulihannya.

Terdahulu, ini adalah kali ketiga Bieber menunda konsert bergeraknya. Sebelum ini dia membatalkan dua persembahan yang disebabkan pandemik Covid-19.

Sepanjang tahun ini dan 2023, penyanyi tersebut bakal mengadakan konsert jelajah membabitkan beberapa bandar raya di Finland dan Australia selain di Kuala Lumpur.

Terdahulu, tiket konsert Bieber iaitu Justice World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negara pada 22 Oktober depan habis terjual dalam masa tiga jam sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI