PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Sarawak pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga lewat pagi nanti.
“Di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
“Selain itu, di Sarawak pula membabitkan Sibu (Selangau) dan Mukah (Dalat dan Mukah),” katanya.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimetee sejam. – KOSMO! ONLINE.