fbpx

Mohamed Salah dinobat Pemain Terbaik Tahunan PFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas beraksi cemerlang dengan meledak 23 gol dan 13 bantuan jaringan bersama Liverpool pada saingan EPL musim lepas. – AGENSI

LIVERPOOL – Penyerang ­Liverpool, Mohamed Salah mengetepikan cabaran pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) buat kali kedua.

Selain De Bruyne, pemain antarabangsa Mesir itu juga menewaskan dua rakan sepasukan, Sadio Mane dan Virgil van Dijk serta penyerang Manchester United serta Tottenham Hotspur, Cristiano Ronaldo dan Harry Kane.

Salah dianggap layak untuk memenangi anugerah tersebut selepas menampilkan aksi cukup baik musim lalu apabila meledak 23 gol buat The Reds, selain me­lakukan 13 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Satu penghargaan apabila dapat memenangi trofi serta anugerah individu sebesar ini. Saya sangat gembira dan bangga kerana kemenangan ini adalah hasil daripada undian pemain-pemain.

“Ini adalah hasil kerja keras saya selama ini. Trofi ini pastinya nampak cantik dalam kabinet bilik. Saya sentiasa pastikan ada ruang kosong dalam kabinet untuk letak trofi baharu,” katanya.

Pada masa, menerusi 13 bantuan gol yang dilakukan sepanjang saingan Liga Perdana musim lalu membolehkan dia dinobatkan sebagai Pemain Perancang Terbaik bagi kempen 2021/22.

“Saya juga memenangi anugerah Pemain Perancang Terbaik. Bagi saya, apabila usia semakin meningkat, saya dapat bermain dengan lebih tenang dan membantu pemain lain menjaringkan gol,” ujar Salah.

Sementara itu, anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA menjadi milik penyerang Manchester City, Phil Foden selepas dia membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Perdana dua kali berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN