fbpx

Lee Zii Jia terkandas pada suku akhir Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMPIAN Zii Jia untuk menawan Indonesia Masters lebur selepas tersingkir kepada Ginting sebentar tadi.

IMPIAN jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters lebur selepas tersingkir di tangan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting sebentar tadi.

Pemain nombor lima dunia yang dilihat bertekad untuk mencari gelaran ketiga berturut-turut turun dengan permainan terbaik apabila memenangi set pertama 21-18.

Bagaimanapun, pada set kedua, Ginting memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri sebelum bangkit mencari kemenangan dengan keputusan 18-21, 21-16, 21-15 dalam aksi yang berlangsung selama 69 minit.

Keputusan itu menyaksikan Ginting melebarkan rekod kemenangan ke atas Zii Jia apabila dia kini menang lima daripada enam pertemuan.

Hasil kemenangan itu, jaguh Indonesia tersebut akan bertemu sama ada pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen atau pemain Hong Kong, Ng Ka Long bagi merebut tiket ke pentas final, esok.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut kandas di suku akhir selepas tewas di tangan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-16, 13-21, 17-21.

Nasib sama turut dialami beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin selepas tumbang di tangan beregu Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 10-21, 21-11, 21-18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI