fbpx

Terdesak punca jadi sasaran sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tekanan dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi mendorong orang ramai tertarik dan mudah menerima pelbagai tawaran kerja yang ditawarkan oleh sindiket penipuan tanpa berfikir panjang.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat khususnya golongan belia perlu lebih peka dalam membuat semakan agar tidak terlalu mudah menjadi sasaran sindiket yang bertujuan mengambil kesempatan terhadap mereka.

“Bagi mereka yang berhajat untuk ke luar negara perlu menye­mak betul-betul tawaran kerja yang diberikan. Jangan terlalu mudah percaya.

“Dahulu, ada juga kes yang nak pergi China, dapat tawaran terus terbang ke sana, memang pelik. Baru-baru ini pun sama, dalam seminggu sahaja proses sudah bersedia untuk pergi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Jelas Nadzim, pihak berkaitan perlu memainkan peranan dalam mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan mendapatkan pengesahan melalui saluran yang betul.

“Bagi mereka yang ingin kerja di luar negara perlu membuat semakan dan mendapatkan pengesahan daripada agensi atau jabatan yang tepat, Jika tidak, ia akan menjadi beban kepada keluarga pula,” ujarnya.

Berita berkaitan : Remaja idam gaji lumayan, dikurung, dibelasah di Myanmar

Mengulas lanjut, katanya, meskipun ramai mencari peluang ketika ini untuk bekerja, namun faktor lain juga perlu diambil kira.

“Kita nak mencari kerja, tetapi yang menawarkan itu tidak be­tul. Apabila pergi sana langsung tiada persiapan. Jangan beratkan lagi keadaaan dengan bermacam kesusahan,” jelasnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang remaja terpedaya dengan tawaran gaji lumayan menyesal tak sudah apabila dikurung dan diseksa seperti hamba oleh sindiket penipuan selain patah kaki dan tulang rusuk akibat ditolak dari tingkat tiga ekoran enggan meneruskan kerja sebagai anggota Love Scam di Myanmar.

Mimpi ngeri remaja dari Me­laka yang dikenali Cheah, 19, itu bermula apabila dia dibawa ma­suk ke Thailand melalui jalan tikus lalu dihantar ke Myanmar pada April lalu dan dikurung selama hampir dua bulan sebelum ditebus oleh ahli keluarganya dengan bayaran RM120,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI