fbpx

Harga petrol melambung di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA bahan api diesel dan petrol tanpa plumbum dipamerkan pada papan tanda di luar stesen minyak BP di Wigan, barat laut England baru-baru ini. - AFP

LONDON – Harga petrol dan diesel di Britain dilaporkan terus melonjak termasuk di negara-negara Eropah rentetan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, lapor laman berita Wion News semalam.

Kelab Automobil Diraja Britain (RAC) menggelar perkara tersebut sebagai ‘hari yang benar-benar gelap’.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson berkata, lonjakan berlaku terutamanya disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan perang di Ukraine. 

RAC telah meminta kerajaan Britain untuk mengurangkan cukai jualan ke atas petrol dan diesel. Satu liter petrol kini berharga £1.82 (RM10.00) dan diesel pula £1.88 (RM10.33). 

Keadaan bertambah buruk selepas Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine pada Februari lalu dengan negara-negara Barat memboikot minyak Russia.

Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan larangan penuh ke atas import minyak Russia ketika Britain dan Kesatuan Eropah (EU) berusaha menamatkan pergantungan kepada bekalan tenaga Moscow.

 Di tengah-tengah kenaikan mendadak harga petrol itu, inflasi Britain mencecah paras tertinggi dalam 30 tahun pada bulan lepas. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI