NAMPAK gayanya, semakin ramai yang melibatkan diri dengan aktiviti perkhemahan pada hari ini.
Ada yang suka berkhemah secara santai dan terdapat juga taraf kayangan, sebagai contoh pelakon Betty Rahmad.
Memang ramai yang mencemburui cara perkhemahan Betty dan suami. Selain khemah yang sangat kukuh dan selesa, mereka turut membawa mangkuk tandas mudah alih untuk kegunaan sepanjang perkhemahan.
Memiliki kelengkapan untuk aktiviti perkhemahan membuatkan ramai kagum dan mula menjadikan mereka sebagai contoh.
“Seronoknya, ini perkhemahan level kayangan,” kata seorang pengguna Instagram.
“Saya kagum dengan cara awak berkhemah, gigih sungguh nak mengemas semua semula!” ujar seorang lagi netizen.