fbpx

Segera selesaikan masalah jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESESAKAN makin meruncing sejak negara memasuki fasa peralihan endemik mulai 1 April lalu.
NUR HUDA MUSA,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MASALAH jalan raya sesak nampaknya semakin menjadi-jadi. Perkara itu kelihatan sukar untuk dielak kerana pertambahan kenderaan di jalan raya selepas hampir semua syarikat tidak lagi melaksanakan amalan bekerja dari rumah (BDR).

Seperti saya sendiri, menempuh kesesakan lalu lintas selama satu hingga dua jam semasa pergi atau balik kerja sudah menjadi kebiasaan.

Tidak banyak pilihan yang boleh dibuat bagi mengelak ke­sesakan kerana bukan semua pekerjaan sesuai untuk bergerak menggunakan perkhidmatan kenderaan awam.

Tidak dapat dinafikan, berdepan dengan keadaan itu hampir setiap hari sedikit seba­nyak memberikan tekanan ataupun stres kepada sesiapa sahaja.

Seperti seorang pekerja swasta, Norita Musa, 40, yang perlu berulang alik dari Seremban, Negeri Sembilan ke tempat kerja di Bangi, Selangor berkata, dia akur perlu ke pejabat setiap hari selepas syarikatnya tidak lagi melaksanakan BDR.

Katanya, bukan sahaja fizikal letih kerana perlu berdepan ke­sesakan lalu lintas, malah mental turut penat.

“Setiap hari berdepan dengan kesesakan, sememang­nya beri tekanan kepada saya. Kadangkala, perkara itu sedikit sebanyak mengganggu kualiti kerja.

“Di jalan raya kita bukan sahaja perlu me­nunggu, malah perlu bersabar dengan sikap pemandu lain yang sesetengahnya ada yang memen­tingkan diri sendiri,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut satu kajian yang dibuat Pusat Penagihan Dadah dan Kesihatan Mental Kanada (CDAMH) mendapati, kesesakan lalu lintas yang kerap akan me­ningkatkan risiko ketidakstabilan mental sehingga tiga kali ganda dan risiko kemurungan sehingga 50 peratus.

Tinjauan penyelidikan juga mendedahkan kesesakan jalan raya dapat mendorong kepada berlakunya penyakit fizikal se­perti pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala.

“Akibat kenderaan terperangkap lama di tempat yang sama, asap tercemar berlegar di jalan raya kerana banyak kenderaan menghidupkan enjin tertumpu di satu kawasan.

“Dalam proses itu, ramai orang akan terdedah kepada pencemaran yang teruk semasa berdepan kesesakan lalu lintas. Justeru, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan,” katanya.

Oleh itu, kerajaan perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di negara ini.

Banyak negara-negara yang boleh dijadikan contoh seperti Singapura, Switzerland dan Belanda dalam usaha menambah baik pengurusan jalan raya se­perti mewujudkan sistem yang efisien dan pengalaman memandu yang lebih kondusif.

Rakyat juga sudah banyak bersuara mahupun memberikan cadangan bagaimana kerajaan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Mungkin sudah tiba masanya, suara rakyat kali ini didengari dan segala cadangan dapat dipertimbangkan sebaiknya supaya perkara ini tidak berlarutan dan akhirnya menjadi tidak terkawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI