fbpx

Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) dibawa ke Mahkamah Majisret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas yang juga jirannya di Jalan Kelochor di sini semalam.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Rabu depan terhadap lelaki berusia 62 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd. Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang warga emas maut dipercayai dipukul jirannya dengan sebatang kayu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka mengenai tanaman pokok berhampiran rumah mereka.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bahagian dapur rumah oleh isterinya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari dan siasatan mendapati berlaku salah faham antara mangsa dan jirannya yang juga berusia dalam lingkungan 60-an.

Menurutnya, lelaki itu dikatakan memarahi mangsa kerana menanam pokok di kawasan jalan sehingga menyebabkan kenderaan suspek sukar melalui laluan tersebut.

“Mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian belakang kepala selain kesan calar pada tangan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, warga emas itu meninggal dunia akibat serangan jantung dan kecederaan yang dialaminya,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI