fbpx

Spectrum of the Sea berlabuh di P. Pinang 2 Julai nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL persiaran Royal Caribbean, Spectrum of the Sea dari Singapura akan berlabuh di Port Swettenham di George Town di sini pada 2 Julai depan.

GEORGE TOWN – Kehadiran kapal persiaran Royal Caribbean, Spectrum of the Sea dari Singapura yang akan berlabuh di Port Swettenham di sini pada 2 Julai depan merupakan satu berita untuk industri pelancongan dan perkhidmatan di negeri ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, sejak 18 Mac 2020, tiada kapal persiaran antarabangsa yang berlabuh di Pulau Pinang selama lebih daripada dua tahun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan akibat Covid-19.

”Spectrum of the Sea pada asalnya dijadual berlabuh di Pulau Pinang pada 18 Jun, tetapi akhirnya tidak dapat berlabuh kerana menghadapi beberapa masalah dengan Jabatan Imigresen. Kini, semuanya telah diatur dengan baik.

”Oleh itu, Spectrum of the Sea yang berlabuh pada 2 Julai adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh banyak industri yang berharap para pelancong dapat meningkatkan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, SPPP telah bersedia sepenuhnya dalam usaha memberi kerjasama dengan ketibaan kapal persiaran itu.

”Dua mesyuarat antara jabatan telah diadakan baru-baru ini antaranya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, agensi-agensi kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Pelabuhan Pulau Pinang, Jabatan Imigresen Malaysia, Royal Caribbean Cruises Ltd dan lain-lain,”katanya.

Tambahnya, mesyuarat tersebut bertujuan menyelaraskan kerja-kerja persiapan sebelum ketibaan kapal persiaran.

”Selain itu, pemeriksaan menyeluruh terhadap operasi pelabuhan telah dijalankan untuk memastikan apabila kapal persiaran besar itu tiba, para pelancong akan disambut dengan baik. Selepas perjalanan ini, Spectrum of the Sea akan berlabuh di Pulau Pinang dua kali seminggu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI