fbpx

Honda buka tempahan model HR-V baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model kenderaan sukan utiliti (SUV) HR-V bermula semalam.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura, model itu dijangka  dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Model yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015 itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan sehingga kini lebih daripada 111,000 unit Honda HR-V sudah terjual dan menjadi pelopor untuk segmen Non National Compact SUV dari 2015 hingga 2021.

“Model dipertingkatkan yang dilancarkan pada tahun 2019 juga terjual hampir 39,000 unit,” katanya dalam kenyataan.

Yoshimura menerangkan, model baharu ini iaitu HR-V varian RS akan dilengkapi dengan teknologi e:HEV dan dikuasakan oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).

“HR-V RS mampu menghasilkan kuasa maksimum 131 PS dan tork tertinggi 253Nm dengan menawarkan tiga mod pemanduan Econ, Normal dan Sport. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI