fbpx

Syahmi bagi RM1,000 seorang kepada 15 pekerja air balang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video hari terakhir perniagaan air balang Syahmi Sazli hari ini

PETALING JAYA – Selepas tiga bulan menjual air balang, akhirnya YouTuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli terpaksa menamatkan operasi perniagaannya itu hari ini.

Walaupun berjaya memungut RM19,000 hasil jualan pada minggu pertama bulan ketiga operasinya, Syahmi terpaksa menutup sementara perniagaan bersama 15 orang pekerjanya itu atas beberapa faktor antaranya risau terambil parkir hak orang lain.

Melalui satu perkongsian video di Facebooknya, Syahmi terpaksa akur dengan beberapa isu yang tidak dinyatakan dan menamatkan operasi jualan air balang yang pernah tular sebelum ini.

“Selepas dua bulan dan hari ini hari pertama bulan ketiga operasi kita, saya terpkasa tutup buat sementara perniagaan air balang ini.

” Hari ini hasil jualan cecah RM19,000 sepatutnya ada notis penutupan tapi kali ini ia mengejut, pekerja-pekerja saya tidak sempat mencari pekerjaan lain.

“Sebelum ini gaji RM200 ke RM300 seminggu, bonus pun dah kasi. Tapi hari ini saya akan bagi gaji RM1,000 seorang, ” ujar Syahmi.

Menerusi video tersebut juga kelihatan beberapa pekerjanya menangis selepas keputusan penutupan gerai air balang tersebut.

Terdahulu, pengarah filem Mael Totey itu membuka khemah jualan air balang pelbagai perisa di hadapan pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan.

Perniagaan tersebut kemudiannya tular pada bulan Ramadan lalu dan Syahmi membuat keputusan untuk terus berniaga disamping membantu anak muda yang tiada pekerjaan.

Namun disebabkan beberapa faktor, Syahmi terpaksa akur dan membuat keputusan untuk menamatkan seketika jualan air balang tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI