fbpx

Bukan masa untuk mencuba, ini pertandingan sebenar – Christopher Raj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTOPHER menjelaskan skuad B-17 negara akan berkampung selama dua minggu di Doha sebelum mengharungi aksi Piala Asia di Thailand Jun depan.

“INI bukan lawatan sambil belajar! Itu pendirian tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap skuad bawah 17 tahun (B-17) bagi mengharungi kempen Kelaya­kan Piala Asia B-17 di Indonesia, Oktober ini.

Pengurus pasukan, Christopher Raj berkata, latihan pusat akan diadakan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bermula 13 hingga 26 Jun ini, malah sebelum ke pusingan kelayakan, pasukan sama juga akan bermain pada Piala AFF B-16, Ogos ini.

“Bagi saingan AFF B-16, kita menyasarkan untuk layak ke separuh akhir. Ini bukan lawatan sambil belajar dan pendedahan, sebaliknya ini adalah pertandi­ngan sebenar.

“Bagi AFC B-17, sudah pasti kita mahu layak ke pusingan akhir di Bahrain dan kita perlu cuba menempatkan diri di kedudukan teratas Kumpulan B. Kita sudah maklumkan kepada jurulatih, persiapan harus berada di tahap terbaik.

“Ini kerana, apabila bermain di Indonesia, persekitarannya adalah lain dan keterujaan mereka begitu hebat. Jadi kita kena benar-benar bersedia,” katanya ketika sidang akhbar pengumuman barisan kejurulatihan skuad B-17 semalam.

Osmera Omaro dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-17, manakala bekas pemain kebangsaan, Amirizdwan Taj akan menggalas tugas sebagai penolong jurulatih.

Bagi pusingan kelayakan kali ini, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Palestin, Guam dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI