fbpx

Turkmenistan awal-awal sudah ‘koyak’ – Yazguly Hojageldyyew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJAGELDYYEW akui Malaysia memiliki kelebihan beraksi di hadapan sokongan padu penyokong sendiri menyebabkan skuad Turkmenistan ‘koyak’ pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turkmenistan awal-awal sudah ‘koyak’ – Yazguly Hojageldyyew

SORAKAN penyokong skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil dianggap sebagai salah satu faktor pasukan Turkmenistan ‘koyak’ pada aksi pertama Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 selepas tewas 1-3 kepada Malaysia

Perkara itu diakui oleh ketua jurulatih pasukan itu, Yazguly Hojageldyyew yang menganggap anak-anak buahnya sedikit terkesan khususnya di awal permai­nan sehingga skuad tuan rumah boleh menjaringkan dua gol awal.

“Saya akui beraksi di laman sendiri memberi kelebihan buat Malaysia dan sorakan penyokong sedikit sebanyak memberi kesukaran buat kami untuk kekal fokus khususnya pada awal perlawanan.

“Dalam masa yang sama, kami sangat teruja untuk beraksi di hadapan penyokong seramai ini selepas apa yang berlaku pada dunia sejak dua tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

“Penyokong Malaysia sangat bagus dan saya harap negara-negara lain turut memiliki penyokong seperti ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Namun, Hojageldyyew percaya punca utama kegagalan pa­sukannya yang menduduki ran­king ke-134 dunia untuk mencuri mata adalah disebabkan tidak membuat persiapan yang cukup sehingga tahap stamina pemain agak terjejas.

“Anda boleh lihat di atas padang pemain kami bagaikan tidak bersedia sepenuhnya dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana persediaan yang kami lakukan untuk mengha­rungi kempen kelayakan kali ini ala kadar.

“Situasi berbeza dengan Malaysia yang saya lihat berhak untuk mendapat kemenangan dengan tampil bersedia sepenuhnya. Apa yang pasti, saya mahu pemain melupakan kekalahan ini dan berikan yang terbaik pada baki dua perlawanan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI