fbpx

Ceria PopStar Xtra perkenal konsep ‘gaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Ceria PopStar Xtra musim kali ini menampilkan 10 peserta yang akan berentap merebut gelaran juara dengan menyaksikan Nabil Ahmad kembali sebagai pengacara.

SALURAN nombor satu kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi hari minggu penonton dengan program televisyen realiti bakat nyanyian, Ceria PopStar Xtra.

Mula bersiaran pada 29 Jun ini setiap Rabu pukul 9 malam, Ceria PopStar Xtra akan membuatkan penonton serta penggemar setia teruja dengan penambahbaikan elemen-elemen baharu yang diketengahkan berbanding format asalnya.

Berkonsepkan gaming, rancangan tersebut akan menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang menjanjikan persembahan hebat dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti masing-masing.

Ceria PopStar Xtra merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat cilik yang bertanding menggapai cita-cita menjadi pelapis industri seni pada masa akan datang.

Tambah menarik, rancangan tersebut merupakan program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang perlu melalui uji bakat secara dalam talian di aplikasi TikTok.

Seramai 10 peserta dipilih menyertai uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi, Selangor pada 26 Mac lalu.

PENYANYI dan pengacara terkenal Elly Mazlein dipilih sebagai hos bersama Nabil Ahmad untuk musim terbaharu Ceria PopStar Xtra. Foto ASTRO/AZRUL RAFIE

Semua peserta yang disenarai pendek akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set persembahan mereka.

Juara Ceria PopStar Xtra akan membawa pulang hadiah bernilai RM20,000, sementara kedudukan naib juara pula sebanyak RM10,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga.

Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi Star Award dengan hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Ceria PopStar Xtra menampilkan pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil iaitu Nabil Ahmad kembali mengendalikan program tersebut bersama pengacara dan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein.

Malah Johan dan Mas Idayu pula diundang sebagai juri tetap di samping kemunculan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang digelar sebagai Xvengers.

Sementara tugas guru vokal pula digalas oleh Azrin Noor, manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy diberi tanggungjawab sebagai guru tarian.

Juri misteri

Bukan hanya menampilkan bakat-bakat peserta, program Ceria PopStar Xtra turut membawakan satu karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga bertindak selaku juri misteri dan identiti sebenarnya hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program tersebut bersiaran.

JOHAN diberi peranan menduduki kerusi juri tetap bersama Mas Idayu.

Pesona identiti misteri itu tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain, melainkan hanya suaranya akan didengari bersama paparan animasi pada skrin.

Antara kelebihan C-X ialah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali pada musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI