fbpx

Hanya 368 majikan di Kelantan berdaftar Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (dua dari kanan) melihat data Ops Pemutihan yang dijalankan Perkeso Kelantan di Pejabat Perkeso hari ini. /FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Hanya 368 daripada 866 majikan di Kelantan didapati berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk caruman keselamatan pekerja sepanjang Ops Pemutihan yang dijalankan bulan lalu.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, jumlah itu menunjukkan sebanyak 42.49 peratus daripada keseluruhan majikan di negeri ini berdaftar dengan Perkeso.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 337 majikan didapati masih belum berdaftar dengan Perkeso manakala 161 majikan lagi tidak layak untuk berdaftar.

“Selepas operasi itu dijalankan, kita dapati baru ada kesedaran dalam kalangan majikan pelbagai sektor di Kelantan untuk membuat caruman keselamatan kepada pekerja mereka.

“Bagaimanapun, majikan yang belum berdaftar dengan Perkeso boleh dikenakan tindakan kompaun sekiranya masih ingkar,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkeso Kelantan di sini hari ini.

Nora berkata, Ops Pemutihan diadakan setiap tahun bagi memastikan semua majikan dalam pellbagai sektor mencarum mengikut akta yang ditetapkan.

Katanya, Perkeso Kelantan turut menyasarkan sebanyak 40,000 majikan di Kelantan untuk mencarum kepada pekerja pada tahun ini.

“Setakat lima bulan pertama tahun ini, 28 majikan yang tidak mencarum Perkeso kepada pekerja telah didakwa di mahkamah manakala 22 majikan sepanjang tahun lalu.

“Setakat bulan lalu, Perkeso merekodkan seramai 30,949 majikan yang mendaftar perusahaan dan pekerja mereka membabitkan pelbagai sektor di seluruh negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI