KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai sebagai ‘President Designate’ Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Presiden PBM, Larry Sng Wei Shien ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut setelah mendapat persetujuan semua akar umbi dan biro politik mesyuarat PBM.
“Atas permintaan akar umbi parti, Biro Politik dan Majlis Tertinggi Parti PBM telah berbincang dan sebulat suara membuat keputusan mengangkat Zuraida sebagai ‘President Designate’ bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM.
“Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat sekali lagi dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya pada sidang akhbar khas di Hotel Grand Barakah, Ampang dekat sini hari ini.
Kosmo! dimaklumkan oleh anggota pimpinan PBM ‘President Designate’ bermaksud Presiden yang sedang menanti proses transisi ke jawatan sebenar Presiden. – KOSMO! ONLINE