fbpx

Bukan mudah nak istiqamah bertudung – Aishah Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHAH mula berhijab sejak tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon Aishah Azman mengakui bukan mudah untuk menetapkan hati atau istiqamah dalam proses penghijrahannya dan bergelar seorang wanita berhijab sejak awal tahun lalu.

Pemilik nama pelakon Nor Aishah Afika Azman Shah, 26, itu berkata, memegang imej sebagai wanita berhijab bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukannya terutama apabila terlibat dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba.

“Sejujurnya susah nak istiqamah lebih-lebih lagi untuk saya yang terlibat dalam industri seni. Saya juga tak mahu berubah secara drastik.

“Namun, saya yakin dengan perhijrahan ini dan sentiasa percaya dengan rezeki Allah SWT. Tawaran berlakon tak pernah berhenti pun sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Aishah berkata demikian semasa ditemui selepas majlis sidang media dan pelancaran telefilem Bangkitkan Aku Kembali adaptasi sebuah novel karya Sophilea di sini semalam.

Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Suri Katriana memberitahu enggan mengubah penampilannya sebagai seorang muslimah dengan terlalu drastik.

“Saya tidak meletakkan diri saya untuk memakai tudung jenis labuh sehingga ke tahap yang muslimah.

“Kini saya bertudung, asalkan menutup bahagian yang sepatutnya seperti pemakaian sarung lengan dan stoking kaki, itu sudah mencukupi bagi saya,” ujarnya.

Mengakui dirinya antara yang terkesan dalam pemberian watak dalam filem dan drama disebabkan imej bertudung, Aishah turut berharap penerbit, pengarah dan penggiat industri kreatif tidak mengehadkan karakter pada seseorang selebriti berhijab.

“Watak bertudung tidak semestinya perlu dapat watak baik sahaja, pegang watak-watak yang klise sedangkan mereka mungkin boleh diberikan watak psiko dan antagonis.

“Kalau boleh, saya nak ubah pemikiran orang bahawa bertudung tidak semestinya perlu memakai jubah dan tudung labuh setiap masa.

“Saya nak tekankan bahawa bertudung bukan penghalang untuk seseorang kekal berfesyen,” katanya lagi.

Sebagai info, Aishah mencuri perhatian ramai sekitar Februari 2021 apabila muncul dengan imej berhiab dan memadam semua foto seksi dalam media sosialnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI