fbpx

Sepohon tampilkan menu panggang guna teknik asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada menu yang menyelerakan terdapat di restoran Sepohon di Cyberjaya.

CYBERJAYA – Kumpulan 10 gram terus mengembangkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan restoran terbaharu, Sepohon di Tamarind Square dekat sini.

Sepohon dibangunkan melalui inspirasi kewujudan tumbuhan menghijau yang meme­nuhi restoran tersebut dengan mengetengahkan cita rasa daging panggang (gril) dan BBQ.

Pengurus Restoran Sepohon, Azdi Nawawi berkata, keunikan restoran ini adalah kerana menggunakan konsep memanggang secara perlahan menggunakan asap selama 12 jam melalui dapur khas.

Proses yang menggunakan kayu pokok rambutan dan manggis itu akan membolehkan menu daging, ayam dan kambing tampil dengan rasa enak, unik dan menceriakan.

“Restoran ini akan memberi peluang kepada pengunjung memanggang da­ging di atas batu gril yang memiliki kepanasan 250 Celsius yang diletakkan di atas meja sambil dipantau kru restoran untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Batu tersebut akan dipanaskan hampir tiga jam dan kepanasan batu itu membolehkan pengunjung memanggang da­ging mengikut pilihan masing-masing sama ada secara separa atau hampir masak.

“Namun begitu kelembutan, kemanisan dan kesedapan da­ging itu sangat menerujakan apatah lagi bila dijamah dengan sos serta salad yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran Sepohon di sini baru-baru ini.

Azdi menerangkan, pelbagai menu daripada pembuka selera hingga pemanis mulut serta ­beraneka pilihan minuman viral dijual pada harga serendah RM10 sahaja.

Tambah beliau, restoran dua tingkat yang memiliki rekaan dalaman menarik itu sesuai dijadikan lokasi pelbagai acara khususnya di bahagian atas yang berkonsepkan restoran terbuka.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI