fbpx

Bon Odori: Sultan Selangor jemput Idris hadir sambutan, nilai sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin ketika berangkat melancarkan Festival Bon Odori pada tahun 2016 diiringi Duta Besar Jepun ke Malaysia ketika itu, Dr. Makio Miyagawa.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dengan mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad hadir ke program sambutan Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

Tegas Sultan Sharafuddin, baginda tidak mahu Idris menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasi Jakim.

“Beta tidak mahu pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti semata-mata.

“Beta juga menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam.

“Mereka juga perlu berlaku adil dalam membuat apa jua kenyataan umum yang melibatkan keharmonian bermasyarakat,” titahnya menerusi kenyataan di Selangor Royal Office hari ini.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan itu pada tahun 2016 diiringi oleh Duta Besar Jepun ke negara ini.

Menerusi pemerhatian baginda, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka yang hadir menyaksikan.

“Bagaimanapun, beta telah menitahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke festival tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan memastikan sambutannya tidak merosakkan akidah umat Islam,” titahnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI