fbpx

Elaun petugas, pemeriksaan SPM2021 dibayar mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan agar elaun petugas pentaksiran dan elaun petugas pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

Radzi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima makluman tentang elaun petugas pentaksiran dan elaun petugas pemeriksaan SPM2021 masih belum diterima.

“Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan untuk meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI