fbpx

Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam mula dibuka Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN grafik kemudahan penginapan unik untuk pengunjung.

PETALING JAYA – Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam dijangka memulakan operasi pada bulan Disember ini sekali gus meletakkan Perlis sebagai destinasi terbaharu untuk sukan panjat batu dunia.

Projek tersebut akan diba­ngunkan oleh MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. (MyUS Venture) yang akan melibatkan aktiviti lain se­perti penerokaan gua, memanjat pokok, lawatan penghayatan alam, menyusuri hutan, pengembaraan mengenali hidupan dan mengenali alam dan laluan ka­nopi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUS Venture, Datuk Nellsen Young berkata, sebelum ini, aktiviti memanjat batu hanya sesuai untuk kumpulan khusus pemanjat tegar kerana ia memerlukan kepakaran yang tinggi.

“Bagaimanapun, Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam bertujuan untuk menjadikan aktiviti memanjat batu lebih mudah disertai oleh semua dengan menyediakan kakitangan dan peralatan yang sesuai.

Young (kiri) bersama Takiyuddin pada majlis pecah tanah projek Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam baru-baru ini.

“Kami juga akan menempatkan ruang latihan tersendiri di Eco-Adventure Centre untuk Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam memenuhi keperluan pemanjat baharu, amatur dan juga profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada majlis pecah tanah projek tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Semula Jadi, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Meliputi kawasan seluas 23,094 kaki persegi (kps) dan ruang terbina 9,880 kps, Perlis Rock Climbing Base Camp @ Gua Kelam akan turut menawarkan kemudahan penginapan seba­nyak 40 bilik dan 10 khemah premium.

Ia juga memiliki hentian rehat bagi pengunjung dan pemanjat yang dikenali sebagai Eco-Adventure Boutique Accomodation serta kafe di belantara untuk pengunjung makan dan minum. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI