fbpx

Park Shin-hye tak pantang, hadiri resepsi perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SHIN-HYE

TIDAK sampai sepuluh hari selepas melahirkan anak pertama, aktres jelita, Park Shin-hye mengejutkan ramai pihak apabila sudah keluar berjalan-jalan tanpa berpantang.

Terbaharu, wanita itu dilihat menghadiri majlis perkahwinan abangnya, Park Shi-won meskipun sepatutnya berpantang dan berehat di rumah.

“Tahniah atas perkahwinan awak. Satu-satunya abang kesayangan saya. Saya doakan awak hidup dengan bahagia bersama pasangan pilihan,” tulisnya ringkas.

Melihat tindakan Shin-hye, rata-rata pengikut terkejut dan tumpang berasa bimbang memikirkan kesihatannya yang dilihat seolah-olah langsung tidak berpantang.

“Dia yang berjalan pergi majlis perkahwinan, saya pula yang risau. Pantang atau tidak tu?” soal peminat.

Terdahulu, Shin-hye dan Choi Tae-joon selamat menimang cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki pada 31 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI