fbpx

Pelaksanaan semula GST ambil masa 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul bercakap dengan pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya Kelab Media Putrajaya di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya sembilan bulan sebelum sistem percukaian itu dapat diaktifkan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tempoh masa yang lama itu dengan mengambil kira pelbagai peringkat dan bukannya boleh terus diwartakan begitu sahaja.

“Kita (Kementerian Kewangan) kena bawa dahulu ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan dan selepas itu ke Parlimen untuk beberapa proses dan ini dijangka memakan masa sembilan bulan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Terlajak Raya anjuran Kelab Media Putrajaya di Glamping @ Wetland di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan kemungkinan GST dilaksanakan semula selepas dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 lalu.

Sistem percukaian itu diperkenalkan pada 2015 dengan kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang didakwa banyak ketirisan sehingga berlaku kegiatan ekonomi gelap.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memberi gambaran bahawa GST mungkin dihidupkan kembali dengan memberi alasan sejumlah 175 negara atau 90 peratus negara di dunia sudah berjaya melaksanakan cukai itu.

“Mesti ada sebab kenapa mereka melaksanakan GST kerana negara yang tidak ada sistem cukai ini melaporkan hasil negara adalah amat rendah termasuk Malaysia sejak tiga tahun lepas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI