fbpx

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Gatal nyanyian Janna mencipta fenomena luar biasa sehingga ke peringkat global. Terkini, penyanyi popular Korea Selatan, Psy turut terjebak melakukan cabaran menggunakan lagu tersebut.

PETALING JAYA – Penyanyi Janna Nick menganggap penerimaan pendengar luar terhadap lagu Gatal sebagai tuah apabila bintang Korea Selatan, PSY turut berkongsi video melakukan cabaran flexibility berlatarkan lagu nyanyiannya.

Katanya, fenomena terhadap video muzik single yang menghampiri lapan juta tontonan dalam tempoh tiga bulan itu bagaimanapun tidak membuatkannya terfikir untuk mengalihkannya dalam versi bahasa Inggeris.

“Sudah tentu saya teruja apabila Gatal terus mendunia dan diterima ramai termasuk memancing perhatian penyanyi terkenal dari Korea Selatan seperti PSY yang berkongsi lagu berkenaan dalam Instagramnya.

“Sejak dilancarkan dan menjadi viral dalam platform TikTok dan sebagainya, saya anggap ini tuah malah secara peribadi menunjukkan muzik sesuatu yang universal dan diterima ramai tidak kira bahasa yang melatarinya.

“Macam dalam video dikongsi penyanyi berkenaan, pastinya saya berbesar hati apabila PSY turut berusaha mengikuti liriknya sambil melakukan cabaran melenturkan badan.

“Nyata lagu berbahasa Melayu juga dapat menarik perhatian biarpun rata-rata pendengar negara luar seperti Korea Selatan tidak tahu pun maksud seni kata Gatal.

“Saya pun tiada rancangan untuk alih atau buat versi bahasa Inggeris sebab secara tak langsung saya berbangga ‘jual’ lagu Melayu di persada antarabangsa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, fenomena Gatal nyanyian pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, itu ‘menjangkiti’ PSY yang berkongsi video berlatarkan lagu tersebut dalam laman sosial.

“#flexibility,” itu keterangan ringkas video penyanyi Gangnam Style itu dalam hantaran yang menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikut Instagramnya.

Mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam sambil kakinya dipegang seseorang, PSY yang pernah mencetuskan fenomena suatu masa lalu melakukan cabaran viral melenturkan badan sambil mulutnya mengikuti lagu tersebut.

Sambil duduk di atas kerusi, dia cukup bersungguh-sungguh merakamkan video swafoto menerusi telefon bimbitnya.

Pastinya single yang diterbitkan pada Februari lalu hasil sentuhan Aepul Roza mempunyai magis sehingga mampu memancing perhatian pendengar luar negara biarpun mereka tidak memahami maksud liriknya.

Dalam video berkenaan juga, PSY dilihat menyebut ‘Kamu gatal, gatal, gatal’ sebelum terjerit kesakitan disebabkan cubaan melenturkan badan.

Sementara itu, Janna yang juga bergelar pengarah dan penerbit merancang untuk tampil dengan genre lain bagi penerbitan single seterusnya.

“Tuah itu datang mungkin hanya sesekali. Jadi biarlah pendengar puas menikmatinya dahulu sebelum saya tampilkan produk baharu.

“Jika diberikan rezeki untuk hasilkan dendangan seterusnya, saya selesa untuk mencuba genre lain supaya pendengar muzik dapat menikmati sesuatu yang berbeza berbanding Gatal,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI