fbpx

Amber Heard sindir Johnny Depp buka akaun TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amber Heard menyindir pembukaan akaun TikTok oleh Johnny Depp. - ABC

BANDAR RAYA NEW YORK – Aktres Amber Heard menyindir kenyataan bekas suaminya, Johnny Depp yang dimuat naik di laman TikTok selepas pelakon tersebut membuka akaun media sosial itu, lapor stesen penyiaran ABC, semalam.

Jurucakap Heard mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya mengenai debut Depp di TikTok dan menyampaikan mesej yang menyindir kenyataan aktor itu mengenai ‘bergerak ke hadapan’ selepas kes tersebut.

“Seperti yang Johnny katakan, dia akan bergerak ke hadapan sedangkan realitinya, ia menolak hak wanita ke belakang.

“Mesej keputusan yang berpihak kepada Johnny buat mangsa keganasan rumah tangga adalah untuk hidup ketakutan dan tidak berhak bersuara selamanya,” tulis kenyataan itu.

Depp sebelum itu mengesahkan pembukaan akaun media sosial di TikTok dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya sepanjang perbicaraan kes fitnah menentang Heard.

Pelakon yang sudah mengumpul lebih tujuh juta pengikut di platform media sosial itu berkongsi video di mana dia dilihat menyapa peminat serta membuat persembahan di atas pentas dengan sebuah gitar di tangan.

Video yang didedikasikan untuk penyokongnya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi turut dikongsi ke platform Instagram miliknya.

“Kita telah berjalan di jalan yang sama, bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama semuanya kerana anda mengambil berat mengenai saya.

“Kini kita semua akan bergerak ke hadapan bersama-sama dan seperti biasa, saya hanya mampu mengucapakan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Salam sayang dan hormat dari saya, JD,” tulis Depp. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI