fbpx

FAMA Fest Pulau Pinang 2022 sasar jualan setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Mustahapa (tengah) ketika sidang akhbar Penang Fama Fest 2020 di Pejabat Fama Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. Foto Iqbal Hamdan

SEBERANG PERAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mensasarkan nilai jualan sehingga RM500,000 untuk program Fiesta Makanan, Bunga dan Buah (FAMA Fest) 2022 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 22 Jun ini.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Muhamad Mustahapa Awang berkata, pada masa sama pihaknya yakin karnival yang akan dilangsungkan di tapak parkir pasar raya Lotus’s Seberang Jaya itu mampu menarik kehadiran sehingga 50,000 pengunjung.

“Penang FAMA Fest 2022 ini merupakan lanjutan daripada program Penang FAMA Fest yang diadakan pada 2018 dan 2019 yang lalu, namun tidak dapat dilaksanakan untuk dua tahun berikutnya (2020 dan 2021) susulan pandemik Covid-19.

“Justeru, usaha untuk memulih serta merancakkan semula ekonomi tempatan melalui penganjuran program seumpama ini pastinya amat dinanti-nantikan oleh para usahawan yang terlibat,”katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan program tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah FAMA negeri, Mohd. Azraie Ramli di Perai, Butterworth hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad Mustahapa berkata, ketika ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun dalam usaha untuk memeriahkan program itu termasuk Jualan MyRakyat yang membawa hampir 100 jenama produk usahawan industri asas tani khususnya bumiputera untuk diketengahkan.

“Selain itu, FAMA juga membawakan sehingga 30 tan metrik produk Jualan Terus Dari Ladang dan kilang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pelbagai jenis durian, ‘Cempedak King’, jagung, nanas MD2 (jenis premium) dan lain-lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI