PORT DICKSON – Jumlah pendaratan ikan di Negeri Sembilan adalah stabil walaupun berlaku sedikit kekurangan bekalan akibat keadaan cuaca yang tidak menentu yang berlaku di negeri ini.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Kasim Tawe berkata, permintaan tinggi terhadap bekalan ikan ketika musim cuti sekolah juga mempengaruhi pengurangan bekalan ikan ketika ini.
“Permintaan terhadap bekalan ikan tinggi terutama ketika musim cuti sekolah ini. Jabatan Perikanan negeri ingin memaklumkan bahawa pendaratan ikan di negeri ini masih stabil dan cuaca yang tidak menentu dilihat antara faktor bekalan berkurangan sedikit.
“Keadaan cuaca ketika ini juga menyebabkan nelayan kurang ke laut. Antara jenis ikan yang sering didapati di negeri ini adalah siakap, jenahak dan ika merah,” katanya pada Program Pengurusan Perikanan Melalui Pendekatan Ekosistem (EAFM) di Pantai Bagan Pinang, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE