fbpx

Ustaz Kazim luah rindu nikmat tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim meluahkan rasa rindunya dalam merasai nikmat tidur lena

PETALING JAYA – Kisah hidup dialami penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim yang mengakui dirinya terseksa akibat disihir semakin mendapat perhatian ramai apabila pelbagai cerita dikongsikan beliau.

Terbaharu, Ustaz Kazim sekali lagi memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya.

Bagaimanapun, sehingga kini beliau masih berusaha dan mencuba segala rawatan bagi mencari penawar penyakitnya.

“Lama dah tak bermimpi, lama juga tidak menikmati lena, kesakitan kepedihan miang, tidak pernah berpisah.

“Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya, yang tidak merasai akan mempertikai, aku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatkannya,” tulisnya.

Tambah Ustaz Kazim, beliau juga berharap agar dirinya diberikan kesabaran yang tinggi dan akan sentiasa reda dengan ujian hidupnya.

“Hanya sabar dan reda mengubat jiwa, dakwah itu menyegarkan, semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini,” luahnya.

Terdahulu, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari golongan VIP yang mengambil kesempatan terhadap orang yang sedang ditimpa musibah sepertinya dengan memberikan sumbangan bon 1 juta Euro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI