fbpx

Masuk percuma jika dodoikan anak kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKABA kelihatan mengantuk dalam pelukan pengunjung di ladang kambing Matsuzawa Yagi Bokujo pada 1 Jun lalu. - Mainichi/Kanon Chikamori

TOKYO – Satu acara di sebuah ladang ternakan kambing di timur Jepun tular di media sosial kerana menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung yang boleh menidurkan anak kambing dalam pelukan mereka, lapor akhbar The Maniachi kelmarin.

Inisiatif itu membolehkan pengunjung ladang ternakan Mutsuzawa Yagi Bokujo memeluk dan mendodoikan anak kambing yang diabaikan oleh induknya.

“Idea di sebalik acara ini adalah untuk memberi ketenangan kepada pelawat dan juga anak kambing yang memerlukan kasih sayang,” demikian menurut pihak pengurusan ladang berkenaan yang terletak di bandar Mutsuzawa, wilayah Chiba.

Menerusi rakaman video pada 1 Jun lalu, dua wanita iaitu ­­Mai ito, 37, dan Shizuka, 35, yang me­rupakan penduduk di Edogawa, Tokyo, dilihat tersenyum sambil masing-masing memeluk anak kambing. Anak-anak kambing itu kelihatan semakin mengantuk ketika cuba ditidurkan.

Kedua-dua wanita tersebut pada awalnya sukar untuk memeluk haiwan itu tetapi selepas mereka mendodoinya dengan perlahan, anak-anak kambing itu menjadi jinak dan lena.

Mereka turut mendapat nasihat daripada pengusaha ladang, Hideo Kawawa yang berusia 59 tahun.

Sepasang anak kambing itu, Wakaba dan Yume masing-­masing berusia tiga dan dua minggu dilahirkan daripada induk berasingan pada Mei lalu tetapi diabaikan.

Keesokan harinya, Kawawa mula menawarkan kemasukan percuma bagi mereka yang boleh menidurkan anak kambing tersebut.

Bayaran kemasukan biasa adalah 800 yen (RM26) untuk orang dewasa dan 500 yen (RM16) untuk pengunjung kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI