fbpx

Cuci baju, barang dapur di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Solehah Hiddayah mencuci (kanan) rebung, manakala anak saudaranya, Siti Zulaikha Mohd. Ridzuan, 12, membasuh pakaian di sungai Kampung Wang Perah, Jitra baru-baru ini.

JITRA – Lebih 500 penduduk di Kampung Wang Perah di sini terpaksa bergantung kepada sumber air dari Bukit Perangin berikutan masalah bekalan air bersih di kampung itu sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, penduduk juga terpaksa mencuci pakaian dan peralatan dapur di sungai berhampiran disebabkan tiada pilihan lain.

Seorang penduduk, Mohd. Naser Mohd. Nor, 59, berkata, keadaan itu sangat menyusahkan kerana kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga emas termasuk mereka yang tinggal bersendirian.

“Setiap kali berlaku gangguan bekalan air Syarikat Air Darul Aman (SADA), kami terpaksa bergantung kepada bekalan air bukit.

“Bekalan air bukit juga boleh terganggu sekiranya paip saluran air itu tersumbat pada hari hujan dan ribut,” katanya di sini semalam.

Seorang penduduk menunjukkan tangki air SADA yang siap dibina beberapa bulan lalu tetapi tetap tidak dapat selesaikan masalah air di Kampung Wang Perah, Jitra baru-baru ini.

Katanya, kalangan penduduk terpaksa melakukan gotong-royong untuk menyelenggara paip saluran air bukit tersebut.

“Sumber air bukit ini penting pada musim kemarau berikutan kekerapan gangguan bekalan air SADA kerap dalam tempoh itu,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Rofiah Ahmad, 56, berkata, ramai penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan termasuk SADA, namun aduan itu seolah-olah tiada tindakan.

“Air tidak ada pun tetapi bil sampai juga setiap bulan dan semasa saya pergi bayar bil air sebelum ini, saya ada perli kepada kakitangan SADA yang kami ini hanya bayar bil untuk meter dan angin kerana airnya tidak ada.

Seorang lagi penduduk, Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, ber­kata, dia bersama penduduk kampung sudah biasa memba­suh pakaian selain membersihkan barangan memasak di su­ngai.

“Kalau orang luar tengok kami basuh pakaian di sungai, mesti pelik tetapi orang kampung di sini sudah biasa cuci semua benda di situ,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI