fbpx

Bahaya ‘pembunuh senyap’ di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anak didakwa melakukan jenayah membunuh ibunya sendiri kerana harta pusaka Ahad lalu.

Jika sebelum ini, orang-orang tua dahulu sering berpesan kepada anak-anak mereka supaya tidak mengikut atau menaiki kereta orang-orang yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah atau ketika berada di luar kerana bimbang mereka akan berdepan risiko kes-kes jenayah yang tak terduga.

Lazimnya, pelbagai risiko jenayah boleh terjadi membabitkan orang-orang tidak dikenali seperti penculikan, jenayah seksual, samun atau lebih teruk sampai kepada pembunuhan.

Kerana itu, kita sering mengingatkan ahli keluarga terutamanya kepada anak-anak supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terdedah kepada orang-orang yang tidak dikenali apabila berada di luar.

Bagaimanapun, nampaknya langkah berhati-hati itu kini tidak lagi terbatas kepada orang-orang yang tidak dikenali sahaja. Ini kerana, kini banyak kes jenayah termasuk pembunuhan kejam dilakukan olah orang-orang yang sebenarnya rapat dengan kita.

Dua kes terhaharu yang berlaku di Parit Buntar, Perak dan Pasir Mas, Kelantan menjadi bukti. Dalam kes di Parit Buntar, seorang ibu tua berusia 68 tahun didakwa telah dibunuh oleh anaknya sendiri hanya kerana dia tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka ayahnya.

Lebih mengerikan, ibu tua itu tidak sekadar dibunuh, malah mayatnya telah dikerat kepada 15 bahagian sebelum dibuang ke dalam tangki kumbahan.

Dalam kes di Pasir Mas pula, seorang wanita yang hamil tujuh bulan telah ditembak mati sebelum mayatnya ditinggalkan dalam kereta miliknya. Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.

Dua kes berkenaan sebenarnya hanya sebahagian daripada deretan kes jenayah berat yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri serta orang-orang yang rapat dan dikenali oleh mangsa.

Antara faktor punca kepada kejadian jenayah melibatkan keluarga sendiri ialah disebabkan masalah kesihatan mental pelakunya sama ada disedari atau tidak disedari keluarga selain pengaruh dadah yang serius.

Sehubungan itu, mana-mana ahli keluarga mereka yang menghadapi masalah mental serta penagihan dadah seharusnya lebih lebih berhati-hati dan bersedia untuk berhadapan dengan kes-kes jenayah yang tidak terduga ini.

Kehadiran mereka di dalam keluarga boleh diibaratkan seperti ‘bom jangka’ yang boleh meletus pada bila-bila masa jika tidak ditangani dengan betul. Jika mereka tidak dirawat atau ditangani dengan betul, keluarga terbabit boleh berdepa risiko bahaya termasuk ‘serangan-serangan’ tidak terduga.

Seharusnya masalah ini diberi perhatian serius oleh setiap keluarga termasuk pihak berkuasa sendiri supaya kes-kes jenayah melibatkan ahli keluarga sendiri dapat dikekang daripada terus berlaku.

Benar, masalah ini agak sensitif lebih-lebih lagi ia melibatkan ahli keluarga sendiri, namun jika dibiarkan ia berterusan, kita bimbang akan berlaku lagi kes-kes yang tidak diingini termasuk kehilangan nyawa insan-insan yang kita sayangi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI