fbpx

Remaja Afrika lahir badan berlipat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULRICH telah menjalani beberapa pembedahan supaya boleh berjalan dengan normal - Mercy Ships - Shawn Thompson

JOHANNESBURG – Seorang remaja lelaki di Afrika dilahirkan dengan badan berlipat kerana mengalami masalah otot yang teruk, lapor akhbar The Sun semalam.

Remaja dikenali sebagai Ulrich itu terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat untuk menampung berat badannya. Dia dilahirkan dengan sindrom kontraktur quadriceps yang menyebabkan lututnya terkehel.

Ulrich berkata, dia bimbang keadaannya akan menjadi lebih teruk selepas pakar-pakar bedah enggan melakukan pembedahan ke atas dirinya.

Kos pembedahan tersebut juga terlalu mahal untuk keluarganya. Ibu Ulrich, Georgette berkata, dia sedih melihat anaknya menderita.

“Pakar bedah tidak akan menyentuhnya, sedih melihat dia sakit. Apabila dia sakit, saya juga sakit,” kata Geogette kepada badan amal Afrika, Mercy Ships.

Penyakit kontraktur quadriceps menyebabkan otot Ulrich tumbuh pada kadar lebih perlahan berbanding tulangnya sehingga menyebabkan kakinya membengkok ke hadapan.

Keluarga itu kembali gembira apabila Mercy Ships menawarkan untuk membiayai pembedahan Ulrich supaya remaja itu boleh berdiri tegak buat pertama kalinya.

Ulrich kemudian menjalani beberapa pembedahan yang kompleks kerana keadaannya yang agak teruk. 

Susulan pembedahan, Ulrich kini berharap agar dapat memenuhi impiannya untuk ke sekolah dan tidak lagi hidup dalam ketakutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI