fbpx

Marshanda hidap kanser payu dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA

PELAKON dan juga penyanyi terkenal Marshanda mengejutkan peminatnya selepas mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kanser payu dara.

Perkara menyedihkan tersebut dikongsikan sendiri Marshanda atau nama lengkapnya Andriani Marshanda menerusi sebuah video berjudul I Have Breast Tumor (saya menghidap kanser payu dara) dalam saluran YouTube miliknya.

Ujar selebriti berusia 32 tahun itu, dia menerima berita tersebut dengan hati terbuka dan berharap dapat pulih seperti sediakala.

“Kanser saya berada pada peringkat awal. Saya harap ada perkembangan terbaik tentang penyakit ini.

“Selepas mendapat tahu menghidap kanser payu dara, saya pada mulanya agak terkejut dan sedih.

“Saya hampir menangis, namun kembali berfikir positif bahawa semua yang terjadi ini adalah atas kehendak-Nya,” ujar Marshanda.

Difahamkan Marshanda kini sedang berada di Singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang kanser payu dara dalam tubuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI