fbpx

APMM tahan kapal tangki Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki berdaftar di Singapura yang ditahan APMM Johor kerana berlabuh di perairan Tanjung Piai, Pontian tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki yang membawa muatan minyak mentah ditahan Maritim Malaysia (APMM) Johor di kedudukan 4.5 batu nautika tenggra Tanjung Piai, Pontian, hari ini.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki berkenaan ditahan pihaknya pada pukul 12 tengah hari kerana berlabuh dan menunggu tanpa kebenaran.

“Semasa APMM Johor melaksanakan Op Benteng, anggota mengesan sebuah kapal tangki sebelum menjalankan pemeriksaan.

“Siasatan mendapati kapal tangki berdaftar di Singapura itu gagal mengemukakan kebenaran bersauh oleh Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kapal itu dikendalikan seorang nakhoda kapal berusia 51 tahun, beserta lapan kru kapal berusia antara 31 hingga 43 tahun.

“Kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia manakala dua daripadanya dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI