fbpx

Suami pukul kepala isteri guna kerusi dijel 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara memukul isterinya menggunakan kerusi sehingga cedera di kepala, seorang pekerja pembekal makanan dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap A. Ramasamy, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 4 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, Ramasamy didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 44 tahun dengan memukul wanita itu menggunakan kerusi di bahagian kepala.

Kesalahan itu dilakukan di unit sebuah rumah flat Projek Perumahan Rakyat  (PPR) di Taman Intai Baiduri Kepong di sini pukul 6 petang pada 4 Jun lalu (2022) yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana hanya berkerja sebagai pembekal makanan dengan gaji RM1,700 dan menanggung isteri serta empat anak.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI