fbpx

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang penunggang motosikal warga asing mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.

PETALING JAYA – Tular sejak semalam sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal warga asing mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.

Menerusi rakaman berdurasi 49 saat yang dikongsikan pengguna laman Twitter, Eppy Fizul, dapat dilihat individu asing tersebut seperti kurang senang dengan keadaan jalan raya di negara ini kerana terdapat banyak lubang yang boleh membahayakan pengguna.

“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini,” katanya.

Dia juga turut membandingkan keadaan jalan raya di sebuah negara terpencil yang dikatakan lebih baik berbanding di Malaysia.

“Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda,” jelasnya.

Sehubungan itu, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya setuju dengan pandangan individu asing berkenaan.

“Memang jalan di Malaysia banyak teruk, punca kemalangan, punca kenderaan pengguna rosak, bila nak selesai isu ini pun tak tahu, menteri dah selalu bertukar, penyelesaian tak ada juga,” komen seorang pengguna.

“Buat malu la orang luar komen keadaan negara kita, jatuhkan anggapan pelancong asing sahaja, malu-malu, harap lepas ini ada tindakan segera baiki jalan mana yang berlubang-lubang itu,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI