fbpx

Bon Odori: Selangor akan rujuk pihak berkuasa, pengkaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita hari ini.

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor akan merujuk dengan pihak berkuasa dan pengkaji berkaitan isu penganjuran festival Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara di sini, 16 Julai depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri meraikan dengan memberi ruang kepada agama lain untuk menyambut perayaan seperti Thaipusam dan Ponggal.

Kata beliau, Bon Odori itu diketahui sebagai semangat dasar pandang ke timur bagi mengeratkan hubungan syarikat dan individu yang terlibat dengan Jepun.

“Saya percaya hal itu juga hampir sama yang disambut seperti Pesta Ponggal yang merupakan hari kegembiraan masyarakat India.

“Jadi, saya tidak pasti ada elemen keagamaan atau tidak dan biar kita merujuk dengan pihak berkuasa atau badan pengkaji untuk penjelasan lanjut.

“Jika maklumat itu (isu) jitu, kita akan patuh kepada nasihat tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Tambah Amirudin, pihaknya sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan penganjuran festival itu.

Kosmo! semalam melaporkan umat Islam diingatkan tidak menyertai program yang bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuk festival Bon Odori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI