fbpx

Individu lakar ‘penyihir’ Ustaz Kazim mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja yang tular sebelum ini selepas melakar wajah individu didakwa menyihir Ustaz Kazim

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja yang sebelum ini pernah berkongsi lakaran individu yang didakwa melakukan khianat terhadap pendakwah bebas, Ustaz Mohd. Kazim Elias tampil memohon maaf selepas ditegur pendakwah terbabit.

Sebelum ini, lelaki tersebut turut tular selepas mendedahkan lakaran enam individu yang dikatakan telah menyihir pendakwah terbabit.

Bagaimanapun, tindakannya itu tidak disenangi Mohd. Kazim yang meminta pemuda berkenaan untuk memadam hantaran tersebut kerana bimbang boleh menimbulkan tanggapan atau tuduhan.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya terima respons daripada Datuk Ustaz Kazim Elias di Facebook beliau memohon agar saya menghapuskan lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.

“Dengan rela hatinya saya telah memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya. Saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok.

Berita berkaitan: Ustaz Kazim mohon hentikan sebar lakaran lukisan ‘penyihir’

Katanya, lakaran itu dibuat bukan atas tujuan peribadi atau mempunyai niat tertentu.

“Apa-apa pun saya tetap hormati Datuk Ustaz Kazim Elias. Di sini saya membuat lakaran tersebut dan buat video bukan kerana peribadi atau niat-niat tertentu.

“Jadi, kepada yang mengutuk, menghina, mencaci maki dan menghukum saya sesat dan kafir. Alhamdulilah satu rahmat buat saya dan apa yang ingin saya maklumkan saya tidak akan maafkan individu tersebut baik di dunia mahupun akhirat,” katanya.

Semalam, Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.

Beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.

Ustaz Kazim sebelum ini mengakui dirinya kini sedang dalam proses mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI