fbpx

Wajib pulangkan wang deposit, haram dan berdosa jika diguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Semua wang deposit atau pendahuluan perlu dikembalikan kepada pembeli jika ia membatalkan niat untuk membeli sesuatu barangan.

Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, adalah haram dan berdosa jika wang tersebut tidak dikembalikan malah digunakan oleh pihak penjual.

Sebagai contoh katanya, jika anda hendak membeli rumah dan meletakkan wang deposit, tetapi membatalkan tersebut, maka wajib penjual memulangkan semula wang berkenaan.

“Itu duit haram, jika makan (gunakan) wang tersebut, maka ia berdosa dan masuk neraka.

“Jangan kamu memakan duit sesama kamu dengan cara tidak betul. Pulang balik duit orang walaupun hanya RM50,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, setiap individu yang menggunakan duit haram itu tempatnya hanya di neraka.

Katanya, tidak kiralah sebesar dan sekecil mana amaun tersebut, ia tetap haram dan berdosa.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain dengan cara tidak betul, maka Allah wajibkan dia masuk neraka dan haramkan mukanya masuk syurga,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI