fbpx

Halep menang percuma di Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALEP muncul juara selepas Pliskova menarik diri pada set kedua aksi final Terbuka Itali ekoran kecederaan. – AFP

ROM – Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep teruja apabila menjuarai kejohanan berprestij Terbuka Itali buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan musuh tradisi, Karolina Pliskova di pentas final kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Halep tidak mempunyai masalah untuk menang 6-0 pada set pertama dan mendahului set kedua 2-1 sebelum Pliskova mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Kata Halep, kemenangan yang diraih cukup memberi makna tersendiri terutama selepas rentetan badi kekalahan sebanyak dua kali di pentas final Terbuka Itali yang dialaminya sebelum ini.

“Secara peribadi, saya sangat puas dan lega apabila berjaya menjulang trofi juara Terbuka Itali buat kali pertama dalam karier selepas gagal dalam dua percubaan di pentas final sebelum ini.

“Kejohanan Terbuka Itali di Rom ini menjadi salah satu gelanggang kegemaran saya kerana mengharungi banyak perlawanan yang memberi
saya pengalaman manis dan pahit.

“Secara jujur, saya sangat menantikan pertemuan de­ngan Pliskova di pentas final tetapi malangnya dia tidak berada dalam tahap terbaik sehingga terpaksa menarik diri dan ia agak mengecewakan saya,” katanya.

Sementara itu, Pliskova berharap kecederaan pangkal peha yang dialaminya tidak terlalu serius kerana tidak mahu terlepas daripada menyer­tai kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Perancis yang akan berlangsung di Roland Garros minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI