fbpx

Kuala Lumpur diserbu pelancong domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Ibu kota sekali lagi menjadi tumpuan pelancong domestik yang memanfaatkan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong semalam dan cuti sekolah minggu ini untuk bersiar-siar dan beriadah bersama keluarga.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kawasan sekitar pusat bandar raya seperti Jalan Tuan­ku Ab­­dul Rahman, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Tun Ismail menjadi tum­puan orang ramai yang mengambil peluang membeli-belah dan makan di restoran.

Selain itu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung sepanjang minggu ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) menjadi tarikan orang ramai ke ibu kota sejak Sabtu lalu.

Seorang pengunjung, Zulkafli Jaafar, 47, dari Kelantan, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk membawa lima anaknya bersiar-siar di sekitar ibu kota hari ini (semalam).

Menurutnya, dia memanfaatkan cuti sekolah minggu ini ditambah cuti umum Hari Keputeraan Agong untuk membawa keluarga melihat menara KLCC dan membeli-belah sebelum balik ke Rantau Panjang nanti.

“Saya bertolak dari Kelantan pada hari Jumaat dan disebabkan kesesakkan lalu lintas di Bentong, saya sampai di Kuala Lumpur pada waktu malam. Saya sempat pusing-pusing di puast bandar raya untuk lihat keadaan waktu malam di sini.

“Bagi saya, keadaan sedikit sesak tetapi saya gembira dapat membawa keluarga berjalan,” katanya.

IBU bapa membawa anak-anak mandi-manda di Titiwangsa Splash Park, Kuala Lumpur sempena cuti sekolah semalam.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ainul Hasni, 57, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang cuti ini untuk membawa keluarganya bersiar-siar di ibu kota.

“Jumaat yang lalu, saya pulang ke Rembau ambil keluarga di sana bawa ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar di sini.

“Saya membawa ibu bapa saya dari Rembau ke Kuala Lumpur untuk bercuti, ini juga merupakan peluang yang baik untuk mereka meluangkan masa bersama cucu di sini,” jelasnya.

Tambahnya, disebabkan pandemik, sudah lama saya tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kini kita bawa keluarga di Rembau datang ke ibu kota.

Seorang pekerja kerajaan yang ingin dikenali sebagai Muhammad, 51, berkata, dia hanya meluangkan cuti selama 3 hari di ibu kota kerana mahu mengelak ke­sesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung.

“Saya dan keluarga datang dari Gombak ke WTC untuk membeli buku, kebetulan ada ekspo di sini,” jelasnya.

Manakala seorang pekerja swasta, Fitri Ahmad, 27, berkata, dia datang dari Melaka bersama ibu bapa dan keluarganya untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur.

“Saya sudah rancang dengan keluarga untuk datang ke Kuala Lumpur dari Sabtu yang lalu.

“Sambil itu, saya sempat membawa keluarga ke WTC beli buku,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI