fbpx

Jung Soo-bin ganti Kim Sae-ron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG SOO-BIN dan Kim Sae-ron (kanan).

PELAKON yang semakin mendapat perhatian menerusi lakonannya dalam drama Juvenile Justice iaitu Jung Soo-bin berkemungkinan akan menggantikan tempat Kim Sae-ron dalam sebuah naskhah.

Sebelum ini, Sae-ron diberi peranan membintangi sebuah drama berjudul Trolley terbitan SBS.

Bagaimanapun, aktres itu mengundur diri daripada pembikinan drama tersebut secara sukarela berikutan kontroversi yang dicetuskan sendiri baru-baru ini.
Sae-ron terlibat dalam satu kemalangan pada pagi 18 Mei lalu kerana berada bawah pengaruh alkohol.

Memberi respons terhadap laporan tentang penggantian pelakon dalam drama tersebut, agensi naungan Soo-bin iaitu JWIDE-Company mengeluarkan kenyataan ringkas.

“Memang benar kami sudah pun melakukan perbincangan (tentang tawaran diterima Soo-bin),” katanya.

Drama Trolley mengisahkan dilema sepasang suami isteri apabila rahsia hidup wanita itu yang selama ini tersimpan rapi akhirnya terbongkar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI