fbpx

Dijual terlalu nipis, netizen teruja kemahiran peniaga potong buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang peniaga buah yang menjual sepotong tembikai susu yang dipotong terlalu nipis tular di laman Facebook.

PETALING JAYA- Tindakan seorang peniaga buah yang menjual sepotong tembikai susu yang dipotong terlalu nipis tular di laman Facebook sejak semalam selepas orang ramai mula mempersoalkan kewajaran saiz makanan itu.

Selain mempersoalkan saiz buah itu yang dipotong terlalu nipis, rata-rata netizen turut teruja dengan kemahiran dimiliki peniaga terbabit yang mampu memotong tembikai dalam bentuk yang terlalu nipis.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mitsuwa Man di laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, dia menunjukkan sepotong buah tembikai susu yang berukuran kira-kira setengah inci yang dibelinya daripada seorang peniaga.

“Kita faham harga mahal, tetapi hormat dekat peniaga ini yang kerana kemahirannya yang sangat terbaik,” tulisnya ringkas di Facebook semalam.

Sementara itu, orang ramai turut memberi reaksi berbeza terhadap hantaran itu dengan rata-rata mereka menyifatkan banyak makanan yang dijual dalam saiz tidak masuk akal ketika ini.

“RM1 dapat dua ketul pisang goreng sahaja, murah atau mahal?,” soal Kak Lyn.

“Makin kreatif peniaga sekarang ini, makin nipis juga buah yang dijual, berbeza sungguh dengan zaman dahulu,” kata Mia Akira.

“Pandai dia potong, nipis sekali,” jelas Nia Qurina. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI