fbpx

Johor Jewels mandi peluh sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
An Najwa menjadi sandaran pasukan Johor Jewels untuk merobek benteng pertahanan Perak Phoenix bagi melakar kemenangan 66-42 pada aksi Sooka Netball Super League di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan pilihan, Johor Jewels dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan 66-42 ke atas Perak Phoenix pada saingan Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Juara sebentar tadi.

Meskipun menang dengan perbezaan mata cukup besar, namun Johor berdepan tentangan cukup sengit pada perlawanan itu, terutamanya pada suku masa pertama dan kedua apabila Perak tidak gentar melakukan serangan.

Diiringi sorakan padu penonton yang hadir, kedua-dua pasukan menyajikan aksi cukup menarik apabila saling berbalas serangan sebelum saingan suku masa pertama berakhir dengan Johor mendahului 13-10.

Sedar dengan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Perak, Johor mengambil keputusan memasukkan Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu, Pow Mei Foong bagi menguasai bahagian tengah gelanggang.

Ternyata kemasukan Mei Foong membuahkan hasil apabila ia membuka ruang buat goal shooter (GS) Johor, An Najwa Azizan untuk melakukan jaringan demi jaringan buat skuad kendalian Fazira Mesnan itu dan mendahului 32-20 pada suku masa kedua.

Bersambung suku masa ketiga, Johor terus ‘mengamuk’ apabila langsung tidak mengendurkan asakan ke arah kubu pertahanan Perak untuk menambah lebih banyak jaringan dan selesa mendahului 47-27.

Walaupun sudah jauh ketinggalan, namun semangat juang Perak langsung tidak luntur apabila terus bekerja keras untuk melakukan serangan dengan diketuai GS, Khairunnisa Nazri.

Menerusi kemenangan itu, Johor terus mengukuhkan cengkaman untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas, sekali gus mencerahkan peluang mereka mara ke pentas separuh akhir.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI