fbpx

Giliran Pahang tambah derita Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pahang Tulips nyata berada dalam kelas tersendiri apabila membenam cabaran Melaka Mystic 60-39 pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara.

KUALA LUMPUR – Pahang Tulips menambah derita Melaka Mystic dalam saingan Sooka Netball Super League (NSL) selepas mencatat kemenangan besar 60-39 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Perlawanan itu nyata dilihat seperti ‘berat sebelah’ apabila Pahang menguasai sepenuhnya perlawanan dengan goal shooter (GS), Siti Maisarah Affandi cukup berbisa di hadapan jaring.

Pemain Pahang, Nur Shafiqah Fazana Shafie berkata, pasukannya mengambil kesempatan ke atas Melaka yang sudah keletihan selepas beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Betul kami gunakan kesempatan atas keletihan pemain-pemain Melaka tetapi kami tidak pandang rendah dengan kemampuan mereka. Pada perlawanan hari ini, mereka sudah berikan tentangan sengit kepada Pahang.

“Selain itu, kami juga tidak risau untuk melakukan penggiliran pemain kerana pemain-pemain yang dibawa memang ada kemampuan masing-masing. Saya fikir ia jadi kelebihan kepada kami,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, penjaga gol (GK) Melaka, K. Ashwini tetap gembira dengan prestasi yang ditampilkan rakan sepasukan biarpun mencatat kekalahan ketiga dalam saingan musim ini.

“Memang satu perlawanan yang sukar pada hari ini tetapi kami sudah tunjuk banyak peningkatan jika dibandingkan dengan perlawanan terdahulu. Kami tetap berikan tentangan kepada Pahang sepanjang permainan.

“Walaupun berdepan penyerang mereka yang memiliki kelebihan dari segi ketinggian, namun saya sebagai penjaga gol perlu menjalankan tugas dengan baik walaupun kaki agak sakit,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN