fbpx

Dewi Persik sindir siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI dan juga pelakon, Dewi Persik atau Depe telah memuat naik status berbau sindiran dalam akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Mantan isteri kepada Saipul Jamil itu dalam status yang dimuat naik pada 20 September lalu bagaimanapun tidak memberikan gambaran jelas kepada siapa ungkapan tersebut ditujukan.

“Aneh bila seseorang yang telah menyakiti, tapi bila dia bercerita kepada orang lain seolah-olah dirinya yang telah dizalimi.

“Inilah realiti kehidupan yang sebenar,” kata Depe.

Bagaimanapun, banyak komen yang ditinggalkan peminat melahirkan rasa kagum terhadap selebriti yang sering menimbulkan kontroversi itu.

Antaranya, peminat memuji sikap isteri Angga Wijaya itu yang dilihat semakin matang dan mula menjadi seorang wanita dewasa.

Baru-baru ini juga, selebriti berusia 34 tahun itu mengamuk dalam media sosial kerana didakwa telah ditipu membabitkan kerugian sehingga mencecah 120 juta rupiah (RM33,577).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI