fbpx

Ten Hag buat kejutan minat bawa Eriksen di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN berjaya menemui sentuhannya semula bersama Brentford apabila meledak satu gol dan melakukan empat umapanan gol sepanjang 11 aksi. – AFP

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag membuat kejutan apabila mengakui berminat untuk mendapatkan khidmat Christian Eriksen pada jendela perpindahan kali ini.

Eriksen kini memiliki kontrak jangka pendek bersama Brentford yang bakal tamat pada peng­hujung bulan ini menyebabkan Ten Hag berminat untuk membawanya ke Old Trafford bagi memberi kesegaran terutama pada bahagian tengah pasukan itu.

Pengurus dari Belanda itu dipercayai akan cuba mendapatkan enam pemain baharu bagi mengubah nasib United yang berdepan krisis prestasi musim lalu dan impak yang diberikan Eriksen bersama Brentford menyebabkan dia berada dalam radar Ten Hag.

United ketika ini sedang ber­usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perancang Barcelona, Frenkie De Jong, namun Eriksen menjadi alternatif sekiranya impian mereka itu gagal menjadi kenyataan.

Biarpun Eriksen berdepan isu kesihatan akibat masalah jantung sebelum ini, namun kelibatnya bukan sahaja diintai oleh United, tetapi beberapa lagi pa­sukan seperti Everton dan bekas kelabnya, Tottenham Hotspur juga sedang memantau perkembangannya.

Eriksen berjaya meledak satu gol dan melakukan empat um­panan gol dalam 11 aksi Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Brentford pada Januari lalu.

Minat Ten Hag terhadap Eriksen mula berputik selepas pemain itu dibenar menyetai sesi latihan bersama Ajax sebelum ini ketika dia kembali pulih daripada masalah jantung penghujung tahun lalu.

United perlu melakukan pembaharuan pada jentera tengah pasukan selepas membuat keputusan melepaskan Paul Pogba, Jesse Lingard, Juan Mata dan Nemanja Matic untuk saingan musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI